Typing Test (Ict)
3 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 2 Mac 2024yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas ICT iaitu Typing Test. Kelas tersebut dihadiri oleh 2 orang murid Sk Batang Maro. Objektif utama kelas diadakan adalah untuk meningkatkan kepantasan menaip. Hal ini dikatakan demikian kerana, menaip adalah pengetahuan asas bagi individu sama ada pelajar sekolah, pelajar di institute pengajian tinggi dan pekerja di dalam organisasi. Seterusnya, menaip dapat memudahkan sesuatu kerja seseorang.
Disamping itu, perkara paling penting untuk dipelajari adalah menaip dengan tepat. Ini boleh meningkatkan keyakinan individu terhadap dokumen yang dihasilkan memandangkan mereka boleh menjangkakan hasil tugasan yang ditaip adalah dengan ejaan dan format yang tepat. Dengan itu, peserta dapat menaip dnegan lebih lancar tanpa ada kesalahan ejaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: